MOMOGUN MOVEMENT FOR SELF-DETERMINATION (MOSIK)

Satu lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang untuk memulihkan status Sabah sebagai sebuah negara berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Perkara 20, Laporan IGC 1962, Laporan Cobbold 1962

Sabah Negara Ku Merdeka!

Sabah adalah sebuah Negara yang telah mencapai Hari Kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963. Kemerdekaan Negara Sabah atau dahulunya dikenali sebagai North Borneo telah diberikan oleh British.

Tiada Masa Untuk Berdiam Kerana Masa Telah Tiba!

Bangsa Negara Sabah khususnya Generasi Muda TIDAK BOLEH lagi memilih untuk berdiam kerana masa dan keadaan kini menuntut penglibatan mereka untuk berjuang bersama-sama dalam mengembalikan Hak Bangsa dan Negara Sabah!

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, November 8, 2014

Menggerakkan People Power

KOTA KINABALU: People power bererti kuasa dari rakyat, untuk rakyat, dan oleh rakyat. Pemimpin rakyat itu muncul dari rakyat, untuk rakyat, dan oleh rakyat. Maknanya, rakyatlah yang berkuasa sebenarnya dalam sistem demokrasi berparlimen. Rakyatlah yang menentukan siapakah wakil mereka di dewan perwakilan. 
DSP Wilfred Bumburing dan
Daniel Jebon Janaun
Jika kita bercakap mengenai kesatuan, kita sebenarnya bercakap mengenai people power. Kenapa perjanjian Malaysia 1963 tidak dihormati kerana Sabahan sendiri memilih pemimpin yang tidak menghormati perjanjian Malaysia 1963? Jika begini keadaannya, adakah ini bermakna Sabahan bersalah kerana memilih pemimpin yang tidak menghormati perjanjian Malaysia 1963? 



Mari kita memikirkan hal ini dengan penuh kesedaran betapa pentingnya menghormati perjanjian Malaysia 1963. 



Sekretariat MOSIK 

8 November 2014

Kolaborasi antara NGO MOSIK dan SSU (UK)


KOTA KINABALU: Dengan rasminya wujud kerjasama antara NGO Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK) dengan Sabah Sarawak Union, United Kingdom (SSU-UK) pimpinan Doris Jones, seorang Sabahan yang kini bermastautin di United Kingdom (UK).


Persetujuan kerjasama dan kolaborasi ini dicapai pada 7 November 2014 semasa Program 2STEP (Sabah Sarawak Tea Party) di sini yang dihadiri para pemimpin MOSIK dan wakil SSU-UK yang diketuai Sdr. Milin Biok Jr dan rombongannya.

Dengan adanya persefahaman dan kerjasama ini maka kedua-dua pihak akan saling membantu dan menjayakan program dan aktiviti demi mencapai matlamat perjuangan.

Sekretariat MOSIK
Kota Marudu

Gambar: Minum teh sambil berbincang mengenai aktiviti yang bermanfaat.

Kunjungan Hormat MOSIK Terhadap DSP Wilfred Bumburing


KOTA KINABALU: Para pemimpin Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernaung di bawah Borneo Heritage Foundation (BHF) diketuai Presidennya, Jebon Janaun, telah mengadakan kunjungan hormat terhadap DSP Wilfred Bumburing, Presiden APS, yang juga ADUN Tamparuli di ibu pejabat APS pada 7 November 2014.

Dalam kunjungan hormat ini, taklimat ringkas telah diberikan mengenai perjuangan, aktiviti, dan perkembangan terkini MOSIK selain menyatakan aspirasi rakyat tentang peri pentingnya kesatuan pemimpin dan rakyat dalam memperjuangkan hak dan status Sabah sebagai sebuah negara.

Dalam maklum balasnya, DSP Wilfred Bumburing menyedari akan kewujudan dan kebangkitan gerakan people power yang kini mencetuskan gelombang baru: "Third Force".

"Gerakan ini telah meluas, bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di Sarawak dan di Malaya," katanya.

Beliau menekankan NGO memainkan peranan yang penting dalam memberikan kesedaran dan pendidikan kepada rakyat mengenai hak-hak Sabah. 

"Kita mahu supaya Perjanjian Malaysia 1963 direview. Saya katakan kepada Datuk Musa Aman bahawa tuntutan rakyat yang mahu supaya Perjanjian Malaysia disemak semula sudah meluas," katanya menghargai kerjasama dan sokongan NGO dalam membawa perubahan dan perpaduan.

Presiden
Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)

Kota Marudu

8 November 2014

Gambar: Sebahagian pemimpin MOSIK bergambar kenangan bersama DSP Wilfred Bumburing.

Penasihat Undang-Undang Bagi NGO MOSIK

KOTA KINABALU: Tuan Peter Marajin dari Messrs R.M. Marajin & Co, sebuah firma guaman milk penuh Sabahan telah bersetuju menjadi penasihat undang-undang bagi pertubuhan bukan kerajaan Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK). Keputusan itu dinyatakan beliau semasa memberi maklum balas terhadap Kunjungan Hormat MOSIK di sini pada 7 November 2014 lalu.

Dalam ucapan ringkas beliau kepada sebahagian pemimpin utama MOSIK yang turut serta bersama Presidennya, Jebon Janaun, menyatakan perlunya rakyat diberikan pendidikan mengenai hak-hak Sabahan. 

"Pendekatan kita ialah compliment and supplement not rival," katanya menekankan pentingnya kesatuan dan perpaduan.

"I am impressed with MOSIK," katanya, yang turut menyatakan hasrat bersama MOSIK dan meneruskan perjuangan yang murni ini.

Kepimpinan dan ahli MOSIK mengucapkan terima kasih atas persetujuan Tuan Peter Marajin menjadi penasihat undang-undang dan seterusnya bersama dalam MOSIK.

Presiden
Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)
8 November 2014

Gambar: Tuan Peter Marajin (tengah, berbaju biru muda) bergambar kenangan bersama nasionalis MOSIK.

Thursday, November 6, 2014

Land Reforms to Resolve Land Issues Problems and Native Rights - Dr. Jeffrey


Kota Kinabalu:    “Sabahans especially the natives are increasingly confronted with land problems as land becomes scarce.  The law protecting native customary rights is also increasingly being put to the test.   In addition, government policies of the Umno BN government are also less inclined towards the Sabah natives in favour of politically linked companies and Malay rights.”


This was said by Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR Sabah Chief cum Bingkor Assemblyman, who visited Kg. Malinsau, Ranau, for a dialogue with the native villagers on the on-going legal tussle and conflicting claims to the disputed lands there.

There are many cases in point of land grabs happening all over Sabah including in Pitas, Telupid, Tongod, Kunak, Sook, Sepulut and Tenom.

The latest land controversy involved a West Malaysian based company, Worthy Palms Sdn. Bhd., and the native villages of Kg. Malinsau, Kg. Wayan and Kg. Sinurai in the District of Ranau, collectively called “MAWASI”).  

At stake is about 1,150 acres of land which have long occupied and applied for by these native villagers.   But their applications were never completely processed, was later approved to a former state representative who died, was inherited by his son, who later sold it to the company.

The land, however, was never surveyed by the Lands and Surveys Department except, perhaps, on the desk (“atas meja”).

When the company (who bought the land) came to develop the land, it was shocked to find that the land was not only occupied but largely planted with rubber trees by the natives, who depended on the land for their livelihood.

The issue went to Court and the latter decided in favour of the company.  Armed with the Court decision, the company accompanied by the police, court officials and employees and foreigners claimed possession of the land by driving out the native villagers and started cutting down their rubber trees with chain saws and heavy machineries.

Naturally, the native villagers protested and refused to give in claiming that this was their ancestral land which they have settled for up to 8 generations and have even applied for it.   They reinforced this claim by claiming NCR.

Looking at these cases from the point of view of the Land Ordinance, land administration and land policiies, we can discern certain current practices which can be improved to resolve future problems.   They include:-

(1)     NCR definition to be made clearer;
(2)     Decisions of the Director of Lands and Surveys must be appealable;
(3)     A Land Tribunal must be created as a mechanism to resolve land disputes such as that involving MAWASI;
(4)     The conditions in the Native Titles should be amended to allow it to be used for commercial and industrial purposes other than for agriculture;
(5)     A Native Land Foundation should be established as a vehicle to assist and safeguard the interests of natives, economically and socially.

This is what I proposed in my motion under a Private Member’s Bill in the coming DUN sitting.

I have full confidence that the other YBs and the Sabah government will support this Bill in the common interest of the people, particularly, the indigenous people of Sabah. 

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan
Chairman
STAR Sabah
06 November 2014

Isu Borang Petition Call for Sabah Sarawak Rights (CfSSR) yang Diambil Polis Selesai

KOTA MARUDU: Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK) mengucapkan terima kasih atas kesudian sukarelawan petisyen, Pn. Stiah Banati, memberikan keterangan mengenai insiden polis mengambil borang petisyen yang sudah bertandatangan sebelum tindakan lanjut diambil.


Selepas mengetahui siapa polis yang berbuat demikian, Sdr. Peter Cham, dari NGO SSU (UK) yang ada bersama dalam pertemuan ini menghubungi polis tersebut dan meminta supaya dikembalikan borang petisyen untuk mengelak tindakan seterusnya diambil.


Terima kasih kepada pihak polis kerana akhirnya telah mengembalikan borang berkenaan. Kes ini dianggap selesai sesudah borang petisyen itu dikembalikan.

Jebon Janaun
Presiden Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)
Kota Marudu
6 November 2014

Wednesday, November 5, 2014

Borang Petition Call for Sabah Sarawak Rights Diambil Polis?

KOTA MARUDU: Dua orang polis berpakaian biasa mengambil borang petition call for Sabah Sarawak Rights yang sudah bertandatangan daripada salah seorang sukarelawan di Kg. Malangkap Tengah, Kota Marudu, sebuah kampung pedalaman di daerah ini.

Tindakan ini, saya fikir, tidak betul dan tidak mematuhi undang-undang, malah langsung tidak profesional. Polis berkenaan tidak mempunyai lokus standi berbuat demikian.

Saya amat menghormati dan menghargai sumbangan serta sikap profesional penjawat awam dari kalangan pasukan keselamatan. Dalam konteks ini, tindakan demikian tidak wajar dan dikesali. Sesungguhnya, hubungan baik antara pasukan keselamatan dengan masyarakat wajar diperkukuhkan.

Oleh sebab itu, saya berharap kejadian begini tidak berulang lagi dan borang petition yang diambil itu perlu diserahkan semula kepada orang berkenaan. Marilah kita sama-sama menjunjung hak asasi setiap insan dalam suasana aman dan damai.

Jebon Janaun
Presiden Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)
Kota Marudu

5 November 2014

Monday, November 3, 2014

PARAS Bantah Pemberian Sijil Kelahiran Kepada Anak-anak Tanpa Warganegara (PTI) di Sabah

KOTA MARUDU: Perhimpunan Aman Rakyat Sabah Sengsara (PARAS) membantah pemberian Sijil Kelahiran kepada kanak-kanak tanpa warganegara (PTI) di Sabah telah berjaya diadakan oleh gabungan beberapa buah NGO seperti MOSIK, SSPR, SSKM di dua tempat, iaitu Kg. Goshen, Kota Marudu dan Kg. Damai, Tandek, Kota Marudu pada hari ini.
"Gabungan NGO membantah dengan sekeras-kerasnya keputusan Putrajaya untuk memberi Sijil Kelahiran Malaysia kepada anak-anak tanpa warganegara di Sabah," kata Jebon Janaun, Presiden Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK) dalam ucapan ringkas di perhimpunan aman ini.
"Kenapa tak runding dulu dengan Kerajaan Sabah dan rakyat Sabah sendiri tentang cadangan ini? Kenapa langsung umum? Laporan dapatan RCI PTI pun belum dibentang, ini langsung pula umum beri sijil kelahiran? Apa agenda sebenar Zahid dan Putrajaya?" katanya mempersoalkan keputusan tergesa-gesa tersebut dan suatu tindakan yang langsung tidak prihatin kepada Sabahan.
"Ini suara rakyat Sabah meminta supaya keputusan ini tidak dilaksanakan. Rakyat Sabah sudah lama sengsara kerana masalah PTI yang tidak ditangani sejak awal lagi. Keadaan ini tambah kronik. Masalah Projek IC tak selesai. Ini lagi masalah baru. Jawatankuasa Bertindak di bawah IGC perlu dibentuk untuk mencari sistem, kaedah, dan mekanisme menyelesaikan masalah stateless children," katanya memohon supaya masalah ini dibincang dengan serius dan di atasi segera.
"Masalah ini sebenarnya boleh selesai kalau Kerajaan Malaysia benar-benar mahu menyelesaikannya. Mesti ada political will," katanya.
Dalam perhimpunan aman ini, beberapa resolusi telah dicapai hasil daripada suara rakyat.
Jebon Janaun 
Presiden Momogun Movement for Self Determination (MOSIK)
2 November 2014