Friday, September 19, 2014

Puisi Perjuangan MOSIK

BERSATU, BERJUANG, DAN MERDEKA!

Sabah tanah airku,
Di sini tumpahnya darahku,
Bersatu membela keadilan,
Berpadu menuntut kuasa,
Menjadi sebuah negara berjaya.

Sabah tanah airku,
Semangat perjuangan anakmu tinggi,
Berjuang demi matlamat yang hakiki,
Menyemarakkan iltizam nasionalis,
Mencapai Agenda Borneo.

Sabah tanah airku,
Negara aman dan kaya,
Anak bangsamu berdiri teguh,
Menempuh pelbagai dugaan,
Demi kemakmuran namamu.

Bangunlah anak bangsa,
Pertahankan kedaulatan negara,
Berjuanglah sehingga ke garis terakhir,
Agar matlamatmu tercapai,
Negara Sabah yang merdeka!

YILLSON YANGGUN
19 September 2014.

0 comments :

Post a Comment