Saturday, October 18, 2014

Pertemuan Bermakna dan Bersejarah

KOTA KINABALU: Bersama Sdr. Al Azahari Siddiq Hj. Kamuri dari Putrajaya semalam (17/10/2014) di Kota Kinabalu. Banyak perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan sekitar sejam itu.

Sebagai kakitangan penting dari Putrajaya, banyak perkara yang ingin diketahuinya mengenai perjuangan nasionalis Sabah, perjuangan MOSIK, isu sekarang yang hangat dibincang, khususnya suara memisahkan Sabah dari Malaysia.

Katanya, ramai pihak, khususnya di Semenanjung yang tidak faham, salah faham, dan tidak tahu maksud sebenar perjuangan memulihkan status Sabah sebagai negara. Mereka ingat itu bawa Sabah keluar Malaysia.

"Mujurlah pertemuan ini memberikan pencerahan kepada isu ini," kata Azahari.

Saya tegaskan bahawa perjuangan MOSIK adalah untuk memulihkan status negara Sabah dalam Persekutuan Malaysia, bukan membawa Sabah berpisah dari Malaysia. Suara Sabahan Sarawakian harus didengar. Hak Sabah dan Sarawak harus dikembalikan.

"Saya akan membuat laporan mengenai hal ini untuk diserahkan kep
ada Datuk," katanya.

Saya juga katakan kepadanya, "Sampaikan kepada Datuk Najib, gerakan ini datang dari people power. Ia bukan dipaksa. Ia lahir dari kesedaran tentang kebenaran. Jika Najib bijak mendengar suara ini, dan menunaikannya, Najib akan bertambah kuat. Ingat hanya Sabah dan Sarawak yang memungkinkan dia berkuasa," kata saya mengakhiri pertemuan bermakna dan bersejarah itu.

Terima kasih, Sdr. Al Azahari.

Sekretariat MOSIK
Kota Marudu
18 Oktober 2014

0 comments :

Post a Comment