KOTA MARUDU: Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK) mengucapkan terima kasih atas kesudian sukarelawan petisyen, Pn. Stiah Banati, memberikan keterangan mengenai insiden polis mengambil borang petisyen yang sudah bertandatangan sebelum tindakan lanjut diambil.
Selepas mengetahui siapa polis yang berbuat demikian, Sdr. Peter Cham, dari NGO SSU (UK) yang ada bersama dalam pertemuan ini menghubungi polis tersebut dan meminta supaya dikembalikan borang petisyen untuk mengelak tindakan seterusnya diambil.
Terima kasih kepada pihak polis kerana akhirnya telah mengembalikan borang berkenaan. Kes ini dianggap selesai sesudah borang petisyen itu dikembalikan.
Jebon Janaun
Presiden Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)
Kota Marudu
6 November 2014
0 comments :
Post a Comment