Sunday, November 30, 2014

Najib, Keluar!


Ya, Najib. 

Bukankah Perlembagaan Persekutuan itu merupakan undang-undang tertinggi di negara ini? Jika begitu, mari kita rujuk Perlembagaan:
Perkara 1(1): "The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia."
Perkara 1 (2): "The States of the Federation shall be Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, and Terengganu."

Apakah maksudnya, "the Federation" (Persekutuan). Mari kita lihat pula Perkara 160:
"the Federation" means the Federation established under the Federation of Malaya Agreement 1957".

Jangan kata Perlembagaan Malaysia itu silap. Jangan! Perlembagaan Malaysia itu undang-undang tertinggi. Bagaimana boleh berkontradik ini?

Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963. Pada tahun 1957 belum ada Malaysia.

Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaya. Kenapa dalam Perkara 1 (2) Sabah dan Sarawak tersenarai dalam senarai negeri Persekutuan sedangkan erti Persekutuan itu ialah Persekutuan yang dibentuk melalui Perjanjian Tanah Melayu 1957?

Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk Malaya, kenapa boleh jadi begini? Fakta disembunyikan, lepas itu hasil Sabah Sarawak dijarah, dikaut, dibawa ke Malaya kemudian Sabah dan Sarawak dimiskinkan?

Fikir baik-baik, Sabahan! Mari kita berjuang memulihkan status Sabah sebagai negara.

Jebon Janaun
Presiden Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)
Kota Marudu
30 November 2014

0 comments :

Post a Comment