Saturday, November 8, 2014

Menggerakkan People Power

KOTA KINABALU: People power bererti kuasa dari rakyat, untuk rakyat, dan oleh rakyat. Pemimpin rakyat itu muncul dari rakyat, untuk rakyat, dan oleh rakyat. Maknanya, rakyatlah yang berkuasa sebenarnya dalam sistem demokrasi berparlimen. Rakyatlah yang menentukan siapakah wakil mereka di dewan perwakilan. 
DSP Wilfred Bumburing dan
Daniel Jebon Janaun
Jika kita bercakap mengenai kesatuan, kita sebenarnya bercakap mengenai people power. Kenapa perjanjian Malaysia 1963 tidak dihormati kerana Sabahan sendiri memilih pemimpin yang tidak menghormati perjanjian Malaysia 1963? Jika begini keadaannya, adakah ini bermakna Sabahan bersalah kerana memilih pemimpin yang tidak menghormati perjanjian Malaysia 1963? 



Mari kita memikirkan hal ini dengan penuh kesedaran betapa pentingnya menghormati perjanjian Malaysia 1963. 



Sekretariat MOSIK 

8 November 2014

0 comments :

Post a Comment