Saturday, November 8, 2014

Kunjungan Hormat MOSIK Terhadap DSP Wilfred Bumburing


KOTA KINABALU: Para pemimpin Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernaung di bawah Borneo Heritage Foundation (BHF) diketuai Presidennya, Jebon Janaun, telah mengadakan kunjungan hormat terhadap DSP Wilfred Bumburing, Presiden APS, yang juga ADUN Tamparuli di ibu pejabat APS pada 7 November 2014.

Dalam kunjungan hormat ini, taklimat ringkas telah diberikan mengenai perjuangan, aktiviti, dan perkembangan terkini MOSIK selain menyatakan aspirasi rakyat tentang peri pentingnya kesatuan pemimpin dan rakyat dalam memperjuangkan hak dan status Sabah sebagai sebuah negara.

Dalam maklum balasnya, DSP Wilfred Bumburing menyedari akan kewujudan dan kebangkitan gerakan people power yang kini mencetuskan gelombang baru: "Third Force".

"Gerakan ini telah meluas, bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di Sarawak dan di Malaya," katanya.

Beliau menekankan NGO memainkan peranan yang penting dalam memberikan kesedaran dan pendidikan kepada rakyat mengenai hak-hak Sabah. 

"Kita mahu supaya Perjanjian Malaysia 1963 direview. Saya katakan kepada Datuk Musa Aman bahawa tuntutan rakyat yang mahu supaya Perjanjian Malaysia disemak semula sudah meluas," katanya menghargai kerjasama dan sokongan NGO dalam membawa perubahan dan perpaduan.

Presiden
Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)

Kota Marudu

8 November 2014

Gambar: Sebahagian pemimpin MOSIK bergambar kenangan bersama DSP Wilfred Bumburing.

0 comments :

Post a Comment