Saturday, November 8, 2014

Penasihat Undang-Undang Bagi NGO MOSIK

KOTA KINABALU: Tuan Peter Marajin dari Messrs R.M. Marajin & Co, sebuah firma guaman milk penuh Sabahan telah bersetuju menjadi penasihat undang-undang bagi pertubuhan bukan kerajaan Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK). Keputusan itu dinyatakan beliau semasa memberi maklum balas terhadap Kunjungan Hormat MOSIK di sini pada 7 November 2014 lalu.

Dalam ucapan ringkas beliau kepada sebahagian pemimpin utama MOSIK yang turut serta bersama Presidennya, Jebon Janaun, menyatakan perlunya rakyat diberikan pendidikan mengenai hak-hak Sabahan. 

"Pendekatan kita ialah compliment and supplement not rival," katanya menekankan pentingnya kesatuan dan perpaduan.

"I am impressed with MOSIK," katanya, yang turut menyatakan hasrat bersama MOSIK dan meneruskan perjuangan yang murni ini.

Kepimpinan dan ahli MOSIK mengucapkan terima kasih atas persetujuan Tuan Peter Marajin menjadi penasihat undang-undang dan seterusnya bersama dalam MOSIK.

Presiden
Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)
8 November 2014

Gambar: Tuan Peter Marajin (tengah, berbaju biru muda) bergambar kenangan bersama nasionalis MOSIK.

0 comments :

Post a Comment