KOTA KINABALU: Gabungan NGO Sabah mendesak kerajaan membentangkan Laporan Dapatan RCI bagi masalah pendatang tanpa izin di Sabah dengan segera. Sehingga kini Kerajaan belum lagi membentangkan dapatan berkenaan walaupun Laporan RCI tersebut sudah diserahkan kepada Kerajaan.
Datuk Rahman Dahlan dalam jawapannya semasa sesi soal jawab forum rakyat di Kota Kinabalu baru-baru ini menjelaskan bahawa Kerajaan akan membentangkan Laporan RCI berkenaan semasa persidangan Parlimen yang sedang berlangsung.
"Namun semakan kita di Parlimen mengenai hal ini mendapati bahawa tiada sesi pembentangan untuk Laporan RCI itu disebut, " kata Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, semasa mempengerusikan sesi pemurnian Memorandum Meminta Kerajaan Membentangkan Laporan RCI Mengenai Masalah Pendatang Tanpa Izin di Sabah di Ibu Pejabat APS, Kolombong pada 20 Oktober lalu.
Satu sidang akhbar (press conference) akan diadakan dalam masa yang terdekat mengenai desakan itu dan seterusnya akan menyerahkan memorandum itu kepada pihak yang berkenaan. Sidang akhbar itu akan dihadiri bersama oleh YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.
0 comments :
Post a Comment