Monday, October 20, 2014

Perhimpunan Aman Rakyat Sabah Sengsara (PARAS)

KOTA MARUDU: Suara rakyat perlu didengar oleh pihak berkuasa. Penderitaan rakyat Sabah dan Sarawak ekoran dasar kabotaj yang menyebabkan harga barang dan perkhidmatan amat jauh bezanya antara Sabah, Sarawak dengan Malaya serta kurangnya perindustrian dan perkilangan di Sabah dan Sarawak perlu disuarakan oleh rakyat. 

Gambar hiasan
Misalnya, rakyat Sabah merintih dengan penurunan harga getah dan kenaikan harga barang yang melonjak tinggi, membawa kesengsaraan yang berpanjangan. Sampai bila Sabahan dan Sarawakian diperlakukan secara tidak adil menerusi pelaksanaan dasar regim Malaya yang hanya menguntungkan Malaya dan menyebabkan rakyat Sabah dan Sarawak terus menderita sengsara? Sabahan dan Sarawakian harus bangkit menyuarakan hal ini.

Sehubungan itu, rakyat yang tertindas dan menderita ini mencadangkan kepada saya untuk mengadakan Perhimpunan Aman. Saya bersetuju dengan perhimpunan aman ini yang akan diadakan seperti berikut:

Perhimpunan Aman Rakyat Sabah Sengsara (PARAS)*
Tarikh: 29 Oktober 2014 (Rabu)
Masa: Pukul 2.00 Petang
Tempat: Kg. Pinatau, Kota Marudu*

* PARAS akan diteruskan 
* Tempat-tempat lain boleh diadakan mengikut kerelaan. Ambil gambar. Bergambar bersama sepanduk, atau kad manila.

People power perlu digerakkan. Kini masanya sudah tiba, kebangkitan people power di seluruh negara Sabah! Kita mahu lihat sejauh mana pihak berkuasa serius menyelesaikan masalah rakyat. Mari kita lihat siapa yang ingin bersama dalam perhimpunan aman ini, baik di lokasi yang dicadangkan, mahupun di lokasi masing-masing.

Sekretariat MOSIK
20 Oktober 2014
Kota Marudu

0 comments :

Post a Comment