KOTA MARUDU: "Perjuangan ini adalah dari people power: dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat. Perjuangan ini bukan berasaskan parti politik. Oleh sebab itu, jangan bawa parti politik dalam NGO MOSIK," kata Jebon Janaun, Presiden Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK).
Sign petition CfSSR di atas motosikal |
"Jika mahu berjuang untuk Sabah, lakukanlah mengikut kemampuan dan kapasiti masing-masing walaupun cuma dapat berjuang pada skala yang kecil. Dalam MOSIK, untuk mencapai matlamat perjuangan ini, buat masa ini kita tidak menggunakan saluran parti politik, sebab parti politik banyak dengan pelbagai fahaman," katanya, "Kita berjuang dalam perjuangan yang benar, berteraskan kebenaran dan keadilan kerana inilah yang diperlukan."
Kita perlu berjuang memulihkan status Sabah sebagai negara dalam Persekutuan Malaysia kerana status Sabah memang negara. Persekutuan Malaysia ditubuhkan berasaskan konsep rakan kongsi sama taraf, entiti berasingan, dan ada individualiti masing-masing, bukan seperti yang ada sekarang kerana ada kezaliman dan penindasan.
"Yang mengikat dan menyatukan kita adalah matlamat perjuangan. MOSIK ialah NGO. Jangan bawa parti politik dalam MOSIK - maksudnya, apa pun political affiliate kita, kita ketepikan dulu. Kita berjuang, sedarkan rakyat mengenai keadaan sebenar, kita beri pendidikan, kita empower generasi muda," katanya.

Kini momentum people power sudah bergerak kuat. Wind of change people power sudah meledak di sana-sini kerana mereka mahu terlibat dalam perubahan.
Jebon Janaun
Presiden Momogun Movement for Self-Determination (MOSIK)
Kota Marudu
31 Oktober 2014
0 comments :
Post a Comment